Sunday, August 31, 2008

Utusan Msia Online - hari ini

Dalam usaha untuk mengimarahkan Ramadan, RTM telah menyusun pelbagai program menarik khas untuk penonton setianya.

Ini termasuk pelbagai program berbentuk majalah dan dokumentari untuk tatapan penonton antaranya Syahadah 4 serta program masakan seperti Selera Ramadan MM Vitaoils dan Ketuk-Ketuk Ramadan bersama Sheila Rusly dan artis undangan.

Sementara Selera Ramadan MM Vitaoils yang memulakan siarannya pada 1 September ini (esok) merupakan program masakan yang sesuai disediakan untuk hidangan bersahur dan berbuka puasa.

Disiarkan setiap Isnin hingga Ahad, pukul 5.00 pagi di RTM1 serta siaran ulangannya pada setiap hari Isnin hingga Ahad, pukul 12.30 tengah hari di RTM1, ia turut menampilkan tetamu undangan memberikan motivasi kepada penonton. Terbitan Nafalia Corporation Sdn. Bhd., program ini menekankan resipi masakan yang menggunakan produk-produk berkualiti MM Vitaoils.

Menariknya, ia turut diwarnai kuliah Ramadan, panduan dan nasihat agama yang bakal disampaikan oleh barisan pendakwah dan pakar motivasi terkenal tempatan. Antara tetamu undangan yang ditampilkan termasuk Ustaz Wan Shohor Bani Leman, Ustaz Zawawi Yusoh, Ustaz Akhil Haji Abdul Hai, Prof. Dr. Izuddin Haji Ali, Dr. HM Tuah Iskandar dan Hushim Salleh.

Selera Ramadan MM Vitaoils yang bersiaran untuk 30 episod mengutarakan dua resipi berasaskan minyak sawit yang menggunakan produk MM Vitaoils seperti Marvelloso, Blossommm, Rise and Shine, Shortening Qualitaste, Palmas dan Serimas.

Sajian masakan yang diketengahkan oleh Chef Selebriti Norzailina Nordin sangat bersesuaian dengan selera umat Islam sepanjang bulan Ramadan ini. Bukan hanya sajian Melayu, bahkan penonton juga boleh mempelajari sajian barat, timur tengah ataupun masakan Cina dan India.

Antara resipi menarik yang dikongsi bersama penonton antaranya Paf Pir dan Burger Sayuran, Kastard Nenas dan Sup Bawang Perancis, Bingka Keju dan Mi Pankek, Bingka Jagung dan Daging Masak Prun, Mousse Coklat dan Spageti Olio, Cucur Durian dan dihidangkan bersama Tuna Moussaka juga Spageti Sos Keju dan Brownies. Menjelang hari raya, resipinya lebih istimewa dengan menghidangkan Biskut Teh Hijau dan Kek Keju Rise and Shine juga Kek Lebaran dan Bistik Idaman.

No comments:

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez