Friday, March 21, 2008

Kenangan I

Menjadi Hakim Pertandingan Memasak bukan tugas yg mudah, sebenarnya. Saya pernah mengadili pertandingan memasak nasi goreng dari jam 10 pagi-5 ptg, kemudian sakit perut (food poisoning) selama 2 hari. Puncanya, 50 orang peserta tu terpaksa menunggu lama. Jadi, udang, sotong dll yg tak disimpan dlm bekas khas, jadi 'busuk'. Adess (walau tak makan, nasi yg digaul sekali tu dah contaminated.)

Saranan saya utk yg berminat dlm dunia masakan, masuk pertandingan. Dengan cara ni saja bakat anda akan terserlah dan dapat menempatkan diri di dalam majalah sebelum beralih ke televisyen. Penerbit buku2 masakan juga akan berminat utk menawarkan anda membuat buku. Dlm pertandingan memasak ini, ada peserta yg memang sedap masakannya tapi kalah kerana dia menuangkan minyak panas dari kuali ke dalam tong sampah!!













Kenangan II













Mengukir kenangan bersama artis & DJ Radio di Pertandingan Memasak anjuran majalah RASA-Knorr yg berlangsung di Manhattan V, Berjaya Times Square Hotel.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez