Sunday, August 31, 2008

Utusan Msia Online - hari ini

Dalam usaha untuk mengimarahkan Ramadan, RTM telah menyusun pelbagai program menarik khas untuk penonton setianya.

Ini termasuk pelbagai program berbentuk majalah dan dokumentari untuk tatapan penonton antaranya Syahadah 4 serta program masakan seperti Selera Ramadan MM Vitaoils dan Ketuk-Ketuk Ramadan bersama Sheila Rusly dan artis undangan.

Sementara Selera Ramadan MM Vitaoils yang memulakan siarannya pada 1 September ini (esok) merupakan program masakan yang sesuai disediakan untuk hidangan bersahur dan berbuka puasa.

Disiarkan setiap Isnin hingga Ahad, pukul 5.00 pagi di RTM1 serta siaran ulangannya pada setiap hari Isnin hingga Ahad, pukul 12.30 tengah hari di RTM1, ia turut menampilkan tetamu undangan memberikan motivasi kepada penonton. Terbitan Nafalia Corporation Sdn. Bhd., program ini menekankan resipi masakan yang menggunakan produk-produk berkualiti MM Vitaoils.

Menariknya, ia turut diwarnai kuliah Ramadan, panduan dan nasihat agama yang bakal disampaikan oleh barisan pendakwah dan pakar motivasi terkenal tempatan. Antara tetamu undangan yang ditampilkan termasuk Ustaz Wan Shohor Bani Leman, Ustaz Zawawi Yusoh, Ustaz Akhil Haji Abdul Hai, Prof. Dr. Izuddin Haji Ali, Dr. HM Tuah Iskandar dan Hushim Salleh.

Selera Ramadan MM Vitaoils yang bersiaran untuk 30 episod mengutarakan dua resipi berasaskan minyak sawit yang menggunakan produk MM Vitaoils seperti Marvelloso, Blossommm, Rise and Shine, Shortening Qualitaste, Palmas dan Serimas.

Sajian masakan yang diketengahkan oleh Chef Selebriti Norzailina Nordin sangat bersesuaian dengan selera umat Islam sepanjang bulan Ramadan ini. Bukan hanya sajian Melayu, bahkan penonton juga boleh mempelajari sajian barat, timur tengah ataupun masakan Cina dan India.

Antara resipi menarik yang dikongsi bersama penonton antaranya Paf Pir dan Burger Sayuran, Kastard Nenas dan Sup Bawang Perancis, Bingka Keju dan Mi Pankek, Bingka Jagung dan Daging Masak Prun, Mousse Coklat dan Spageti Olio, Cucur Durian dan dihidangkan bersama Tuna Moussaka juga Spageti Sos Keju dan Brownies. Menjelang hari raya, resipinya lebih istimewa dengan menghidangkan Biskut Teh Hijau dan Kek Keju Rise and Shine juga Kek Lebaran dan Bistik Idaman.

Friday, August 29, 2008

280808

Petang kelmarin berlangsung Mesyuarat Novelis Prolifik Alaf 21 (mereka yg telah menghasilkan lebih drpd 5 buah novel dengan Alaf 21) seramai 7 orang bersama En.Norden (Pengurus Besar), Pn.Wan Rohana dan Pn.Saadiah. Yg hadir adalah Sharifah Abu Salem, Aisya Sofea, Damya Hanna, Sri Diah, Ramlee Awang Murshid, Anis Ayuni dan saya. Pelbagai aspek menarik telah dibincangkan serta dianalisa dan beberapa wawasan dibentuk untuk mencapai matlamat.











Di sebelah tengah hari, saya dijemput ke studio Putra.fm, suara kampus Universiti Putra Malaysia (Fakulti Bahasa & Komunikasi) di Serdang. Saya telah diwawancara oleh Ed di konti. Kami berbual tentang ciri2 dalam penulisan novel, bagaimana saya mendapat ilham, pengalaman menulis novel serta projek bidang masakan yg terkini. Terima kasih kepada pihak Alaf 21 yg menjalin kerjasama dengan UPM.

Sunday, August 24, 2008

Pelancaran - Ekuinoks











Hari Jumaat pula, saya dijemput ke Majlis Pelancaran Novel Pertama Azizi Ali bertajuk EQUINOKS oleh Dato' Saifuddin Abdullah bertempat di MPH Midvalley. Pertama kali bertemu Sdr Azizi Ali di Pesta Buku Antarabangsa KL tidak lama dulu. Beliau seorang jutawan yg sebelum ini banyak menulis buku motivasi berkaitan kewangan. Equinoks sebuah novel bercirikan thriller yg juga menyentuh soal sejarah, yg saya kira cukup mendebarkan. Pastinya ia berlainan daripada biasa dan Sdr Azizi pasti menyuntik banyak pengalamannya sendiri dalam dunia korporat...











Sempat bergambar bersama beberapa tetamu di majlis santai namun penuh bermakna itu. Kami membincangkan pelbagai aspek yg menarik hati termasuk kadar jenayah yg semakin meningkat sejak kebelakangan ini. (Kanan) Pegawai2 MPH bersama Dato' Saifuddin dan Sdr Azizi menikmati juadah ringan yg disediakan oleh Book Cafe, MPH.

Pelancaran 210808











Hari Khamis pula Majlis Pelancaran Program Selera Ramadan MMVitaoils & Buku Masak Selera MMVitaoils bertempat di Megaview, KL Tower. Saya bersama Shaizhar (kebetulan dia bekerja di situ) sebelum majlis bermula. Pemandangan kotaraya berkabus kerana cuaca sangat mendung dan berhujan.











Senator Dato' Dr Mashitah Ibrahim menjadi tetamu kehormat memberi ucapan. Suasana dewan yg terhias indah dipenuhi oleh wartawan dari pelbagai media massa. Terima kasih kerana sudi menyerikan majlis tersebut. Antara dif-dif kehormat yg turut hadir ialah Tan Sri Datuk Dr Yusof Basiron (CEO Majlis Minyak Sawit M'sia), Dato' Adilah (Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran), Datuk Haron Siraj (Pengerusi MMVitaoils), En Mazlan Muhammad (Pengarah Urusan MMVitaoils), Pn Dina Talib (General Manager MMVitaoils), Dato' Zulkifli Mohammad (CEO Menara KL).












Saya membantu Dato' Dr Mashitah yg memotong Kek Lebaran (menggunakan produk MMVitaoils) sempena majlis tersebut. Kami bergambar sambil memegang buku Selera MMVitaoils yg boleh dibeli di MPH, Tesco dll dengan harga RM12.90 (mulai 1 September). Hasil royalti buku ini akan disumbangkan kepada Pusat Zakat Selangor untuk diagihkan kepada anak-anak Asnaf (fakir/miskin) negeri Selangor. Penghargaan kepada Nafalia Corporations (En Najib & YM Raja Noor Ima) dan krew yg terlibat dlm pembikinan rancangan tv tersebut.

Pelancaran 20808














Majlis Pelancaran Trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu & Hijab Sang Pencinta karya Ramlee Awang Murshid berlangsung di Hotel Singgahsana pada Rabu, 20 Ogos 08. Saya mengenakan busana songket biru kerana tema pakaian adalah berunsur tradisional. Setinggi tahniah pada beliau!











Saya bergambar dengan Pn Ziela Jalil (Pn Sharifah Abu Salem di kanan beliau) yg menyempurnakan majlis pelancaran tersebut. Saya juga mengabadikan kenangan dengan Novelis Triller No:1 Malaysia, Ramlee, puteranya dan Feroz, Presiden Alaf 21 FC.

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez