Wednesday, December 31, 2008

MHI @ TV3

Temui saya di dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) pada hari Jumaat, 2 Januari 2009. Slot bersama saya bermula jam 7.45 pagi akan memperkatakan tentang persiapan makanan untuk dibawa sebagai bekalan ke sekolah. Topik perbincangan ini bersesuaian dengan penggal yang akan bermula tidak lama lagi. Saya juga akan berkongsi petua cara-cara menjimatkan belanja di dapur dan bagaimana hendak menyediakan sajian bekalan yang pasti disukai anak-anak. Di samping itu, ada dua resepi ringkas yang akan ditunjukkan.

Selamat Menonton!


Monday, November 24, 2008

Sabtu lalu..

Majlis Chocolate Cake Championship berlangsung dengan meriahnya. Semua kek coklat yg dipertandingkan enak2 belaka dan sukar untuk membuat pemilihan. Kek paling sedap dimenangi oleh Berjaya Times Square Hotel. Ramai artis datang dan saya mengambil kesempatan merakamkan kenangan bersama mereka.

Sukar membuat penilaian terhadap kek yg memiliki persembahan paling menarik sekali, lengkap dengan pemilihan warna yg sesuai dan dekorasi berpadanan.

Ramai artis yg turut hadir di Great Eastern Mall pada hari sabtu lepas. Mereka mewakili hotel2 untuk membuat jualan amal yg akan diberikan kepada tabung kanak2 yg memerlukan bantuan. Sekeping kek telah dijual dengan harga RM15 dan sebiji kek, RM350.










Tuesday, October 14, 2008

Blog di RTM1

Tuesday, September 23, 2008

Catatan 'BLOG'

Temubual kelmarin dalam program 'BLOG' mempertemukan saya dengan Datuk Chamil Wariya buat kali kedua. Kali pertama di sebuah majlis yg dianjurkan oleh MPH Bookstores dalam pertemuan 50 penulis di Malaysia (foto kami dimuatkan dalam majalah MPH sempena Hari Kemerdekaan ke-50).

Bersama En Hassim Abu Hanifah yg turut mengemudikan rancangan BLOG. Banyak aspek menarik dibincangkan selepas tamat program. Team BLOG memang penuh inovatif dan sentiasa mengketengahkan idea-idea baru yg menguji minda. Perbualan santai kami diselangselikan dengan gelak tawa.

Mengambil kesempatan bergambar dgn Pn.Fatimah, Pn.Wan Norehan (Pengarah Studio) dan Haniey yg begitu mesra dan membuat kunjungan saya ke studio di Wisma TV, Angkasapuri itu lebih bermakna. Setinggi-tinggi penghargaan buat kalian.

Thursday, September 18, 2008

Khas untuk Bloggers

Jom tengok rancangan BLOG di RTM 1...
Saya telah diundang ke studio untuk berbicara
perihal bidang penulisan dan dunia masakan.

Tarikh : Ahad, 21 September 2008
Jam : 8.40 mlm

Jangan ketinggalan menontonnya!!

Tuesday, September 16, 2008

Wanita FM

Hari ini (Selasa) pada jam 12-1 ptg, saya on-air
di Wanita fm (88.1) bersama Jaafar Onn.
Beliau akan menemuramah tentang aktiviti terkini
dan panduan2 lain dalam bidang masakan.
Jangan ketinggalan mendengar kerana saya akan memberikan
dua resepi yg menggunakan pelbagai produk berasaskan beras.

Friday, September 12, 2008

Selamat Pagi Malaysia

Bergambar kenangan bersama pengacara Selamat Pagi Malaysia, Jee dan Suhaimi di studio. Mereka sungguh mesra bertanyakan pelbagai hal menarik berkaitan rancangan Selera Ramadan MMVitaoils. Saya juga ditanya tentang persediaan sebelum menjadi hos dan bagaimana saya memilih resepi2 untuk dimuatkan di dalam rancangan tersebut. Di kanan saya, Pn.Dina (GM MMVitaoils). Beliau berbicara berkenaan pemasaran produk MMVitaoils dan perancangan di masa depan.

Mengabadikan sesi berbual-bual bersama. Dari kanan, YM Raja Ima (Nafalia Corporation), di sebelah saya, Pn.Simah Husain (Produser/Director), Pn.Zahariah Ismail (Utusan Airtime) dan Pn.Dina. Dekorasi ruang menunggu di luar studio dihias indah dengan beraneka fabrik tenun seperti songket dan pelikat serta trofi anugerah.

Wednesday, September 10, 2008

SPM di RTM1


Saksikan 'Selamat Pagi Malaysia' di RTM1 pada hari Khamis ini, 11 September 08. Slot dalam rancangan itu bermula jam 9.00 hingga 9.15 pagi. Saya akan bersama General Manager MMVitaoils, Puan Hajah Dina. Kami akan diwawancara berkenaan program masakan 'Selera Ramadan MMVitaoils' yg kini sedang disiarkan setiap hari sepanjang bulan puasa di RTM1. Anda akan dapat melihat buku 'Selera MMVitaoils' dengan lebih dekat lagi...



Thursday, September 4, 2008

Selera Ramadan MMVitaoils

Salam semua!
Ramai yg tertanya-tanya dan menghadapi kesukaran mengikuti rancangan 'Selera Ramadan MMVitaoils' berikutan perubahan masa. Saya sendiri tidak pasti bila rancangan tersebut akan ditayangkan setiap pagi. Sepanjang empat kali (siaran pagi), beginilah jadualnya:

(1) Episod 1 - bermula jam 5.00 pagi
(2) Episod 2 - bermula jam 5.19 pagi
(3) Episod 3 - bermula jam 5.30 pagi
(4) Episod 4 - bermula jam 5.00 pagi
(5) Episod 5 - (5.00 pagi)

ps: Bagi yg tidak bekerja, bolehlah menonton siaran ulangan jam 12.30 tghari.


TERKINI : INSYAALLAH TIADA PERUBAHAN SIARAN LAGI, TETAP SEPERTI YG DIJADUALKAN, JAM 5 PAGI. Terima kasih.

Sunday, August 31, 2008

Utusan Msia Online - hari ini

Dalam usaha untuk mengimarahkan Ramadan, RTM telah menyusun pelbagai program menarik khas untuk penonton setianya.

Ini termasuk pelbagai program berbentuk majalah dan dokumentari untuk tatapan penonton antaranya Syahadah 4 serta program masakan seperti Selera Ramadan MM Vitaoils dan Ketuk-Ketuk Ramadan bersama Sheila Rusly dan artis undangan.

Sementara Selera Ramadan MM Vitaoils yang memulakan siarannya pada 1 September ini (esok) merupakan program masakan yang sesuai disediakan untuk hidangan bersahur dan berbuka puasa.

Disiarkan setiap Isnin hingga Ahad, pukul 5.00 pagi di RTM1 serta siaran ulangannya pada setiap hari Isnin hingga Ahad, pukul 12.30 tengah hari di RTM1, ia turut menampilkan tetamu undangan memberikan motivasi kepada penonton. Terbitan Nafalia Corporation Sdn. Bhd., program ini menekankan resipi masakan yang menggunakan produk-produk berkualiti MM Vitaoils.

Menariknya, ia turut diwarnai kuliah Ramadan, panduan dan nasihat agama yang bakal disampaikan oleh barisan pendakwah dan pakar motivasi terkenal tempatan. Antara tetamu undangan yang ditampilkan termasuk Ustaz Wan Shohor Bani Leman, Ustaz Zawawi Yusoh, Ustaz Akhil Haji Abdul Hai, Prof. Dr. Izuddin Haji Ali, Dr. HM Tuah Iskandar dan Hushim Salleh.

Selera Ramadan MM Vitaoils yang bersiaran untuk 30 episod mengutarakan dua resipi berasaskan minyak sawit yang menggunakan produk MM Vitaoils seperti Marvelloso, Blossommm, Rise and Shine, Shortening Qualitaste, Palmas dan Serimas.

Sajian masakan yang diketengahkan oleh Chef Selebriti Norzailina Nordin sangat bersesuaian dengan selera umat Islam sepanjang bulan Ramadan ini. Bukan hanya sajian Melayu, bahkan penonton juga boleh mempelajari sajian barat, timur tengah ataupun masakan Cina dan India.

Antara resipi menarik yang dikongsi bersama penonton antaranya Paf Pir dan Burger Sayuran, Kastard Nenas dan Sup Bawang Perancis, Bingka Keju dan Mi Pankek, Bingka Jagung dan Daging Masak Prun, Mousse Coklat dan Spageti Olio, Cucur Durian dan dihidangkan bersama Tuna Moussaka juga Spageti Sos Keju dan Brownies. Menjelang hari raya, resipinya lebih istimewa dengan menghidangkan Biskut Teh Hijau dan Kek Keju Rise and Shine juga Kek Lebaran dan Bistik Idaman.

Friday, August 29, 2008

280808

Petang kelmarin berlangsung Mesyuarat Novelis Prolifik Alaf 21 (mereka yg telah menghasilkan lebih drpd 5 buah novel dengan Alaf 21) seramai 7 orang bersama En.Norden (Pengurus Besar), Pn.Wan Rohana dan Pn.Saadiah. Yg hadir adalah Sharifah Abu Salem, Aisya Sofea, Damya Hanna, Sri Diah, Ramlee Awang Murshid, Anis Ayuni dan saya. Pelbagai aspek menarik telah dibincangkan serta dianalisa dan beberapa wawasan dibentuk untuk mencapai matlamat.











Di sebelah tengah hari, saya dijemput ke studio Putra.fm, suara kampus Universiti Putra Malaysia (Fakulti Bahasa & Komunikasi) di Serdang. Saya telah diwawancara oleh Ed di konti. Kami berbual tentang ciri2 dalam penulisan novel, bagaimana saya mendapat ilham, pengalaman menulis novel serta projek bidang masakan yg terkini. Terima kasih kepada pihak Alaf 21 yg menjalin kerjasama dengan UPM.

Sunday, August 24, 2008

Pelancaran - Ekuinoks











Hari Jumaat pula, saya dijemput ke Majlis Pelancaran Novel Pertama Azizi Ali bertajuk EQUINOKS oleh Dato' Saifuddin Abdullah bertempat di MPH Midvalley. Pertama kali bertemu Sdr Azizi Ali di Pesta Buku Antarabangsa KL tidak lama dulu. Beliau seorang jutawan yg sebelum ini banyak menulis buku motivasi berkaitan kewangan. Equinoks sebuah novel bercirikan thriller yg juga menyentuh soal sejarah, yg saya kira cukup mendebarkan. Pastinya ia berlainan daripada biasa dan Sdr Azizi pasti menyuntik banyak pengalamannya sendiri dalam dunia korporat...











Sempat bergambar bersama beberapa tetamu di majlis santai namun penuh bermakna itu. Kami membincangkan pelbagai aspek yg menarik hati termasuk kadar jenayah yg semakin meningkat sejak kebelakangan ini. (Kanan) Pegawai2 MPH bersama Dato' Saifuddin dan Sdr Azizi menikmati juadah ringan yg disediakan oleh Book Cafe, MPH.

Pelancaran 210808











Hari Khamis pula Majlis Pelancaran Program Selera Ramadan MMVitaoils & Buku Masak Selera MMVitaoils bertempat di Megaview, KL Tower. Saya bersama Shaizhar (kebetulan dia bekerja di situ) sebelum majlis bermula. Pemandangan kotaraya berkabus kerana cuaca sangat mendung dan berhujan.











Senator Dato' Dr Mashitah Ibrahim menjadi tetamu kehormat memberi ucapan. Suasana dewan yg terhias indah dipenuhi oleh wartawan dari pelbagai media massa. Terima kasih kerana sudi menyerikan majlis tersebut. Antara dif-dif kehormat yg turut hadir ialah Tan Sri Datuk Dr Yusof Basiron (CEO Majlis Minyak Sawit M'sia), Dato' Adilah (Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran), Datuk Haron Siraj (Pengerusi MMVitaoils), En Mazlan Muhammad (Pengarah Urusan MMVitaoils), Pn Dina Talib (General Manager MMVitaoils), Dato' Zulkifli Mohammad (CEO Menara KL).












Saya membantu Dato' Dr Mashitah yg memotong Kek Lebaran (menggunakan produk MMVitaoils) sempena majlis tersebut. Kami bergambar sambil memegang buku Selera MMVitaoils yg boleh dibeli di MPH, Tesco dll dengan harga RM12.90 (mulai 1 September). Hasil royalti buku ini akan disumbangkan kepada Pusat Zakat Selangor untuk diagihkan kepada anak-anak Asnaf (fakir/miskin) negeri Selangor. Penghargaan kepada Nafalia Corporations (En Najib & YM Raja Noor Ima) dan krew yg terlibat dlm pembikinan rancangan tv tersebut.

Pelancaran 20808














Majlis Pelancaran Trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu & Hijab Sang Pencinta karya Ramlee Awang Murshid berlangsung di Hotel Singgahsana pada Rabu, 20 Ogos 08. Saya mengenakan busana songket biru kerana tema pakaian adalah berunsur tradisional. Setinggi tahniah pada beliau!











Saya bergambar dengan Pn Ziela Jalil (Pn Sharifah Abu Salem di kanan beliau) yg menyempurnakan majlis pelancaran tersebut. Saya juga mengabadikan kenangan dengan Novelis Triller No:1 Malaysia, Ramlee, puteranya dan Feroz, Presiden Alaf 21 FC.

Tuesday, July 22, 2008

Sekitar Shooting











Jam 9 mlm tadi (21 Julai) berakhirlah shooting selama 10 hari untuk program Selera Ramadan MMVitaoils tajaan MMVitaoils dgn kerjasama Majlis Minyak Sawit Msia (MPOC). Saya mengendalikan ruangan masakan sambil berbicara tentang pelbagai topik menarik dan penuh informasi dengan beberapa orang tetamu. Bersama Ustaz Fauzi (kiri) dan Tn Hj Hushim (kanan).











Mengabadikan kenangan dgn Ustaz Akhil Hayy (kiri). Suasana di dalam studio tempat saya 'berkampung'. Crew cukup mesra dan menghiburkan sehingga tidak terasa selama 140 jam bersama mereka! Suasana santai (namun memenatkan, ehem...) mewujudkan mood yg ceria sepanjang hari, kadang2 sehingga ke 11 malam.












Bersama Ustazah Zawiyah dan Ustaz Wan Shohor yg begitu berkaliber membincangkan topik yg menyentuh soal2 berkaitan Ramadan dan bagaimana membentuk insan berjiwa murni. Saksikan nanti rancangan ini di RTM1 mulai 1 September jam 5-5.30 pagi (sahur pertama) dan ulangan pada 12.30-1 tghari pada hari yg sama.


Rakan novelis dan motivator terkenal, Dr.HM Tuah (kiri) juga menjadi tetamu rancangan. Turut diundang, Prof.Madya Izzuddin Hj Ali. Sebanyak 60 resipi ditunjukkan. Semuanya sesuai sama ada untuk berbuka, bersahur dan Syawal yg bakal menjelma. Pakaian saya ditaja oleh Hajaba. Penata rias pula oleh Wanda.











Di akhir shooting, bersama crew yg terlibat serta Ustaz Taufik Ismail (berbaju biru). Mengabadikan kenangan dgn En.Najib (Nafalia Prod), Ustazah Nik Salida dan Tuan Director, En.Ahmad...(suspens bila dengar "CUT"...hehe...).

Produk MMVitaoils seperti majerin lembut (Marvelloso, Blossom, Rise and Shine), minyak sapi (Golden Treat), lemak sayuran (Qualitaste) dan minyak masak (Palmas & Serimas) boleh didapati di Kiosk MMVitaoils di Seksyen 23, Shah Alam. Produk MMVitaoils berasaskan minyak sawit adalah tanpa kolestrol, mempunyai nisbah karotenoid lebih daripada 15 lobak merah dan 50 tomato yg bagus untuk perkembangan minda kanak2 yg sedang membesar. Ia juga mengandungi Vitamin E yg mampu mengelakkan penuaan.


Jangan lupa saksikan nanti, ya?


Sunday, June 22, 2008

Saloma Bistro


Petangnya saya menjadi tetamu majalah Jelita sempena majlis 'Menyanjung Ayah Bonda'. Ia diadakan di Saloma Bistro jam 3 ptg. Ibubapa yg diraikan begitu gembira sekali kerana banyak acara melibatkan mereka dan anak-anak diadakan.












Saya di hadapan pentas yg terhias indah. Ceramah keibubapaan menimbulkan rasa keinsafan kepada tetamu betapa besar pengorbanan ayahbonda dalam membesarkan kita. Saya juga menjadi Juri Pertandingan Memasak yg bertemakan 'Masakan Warisan Ayahbonda'.



Dhalan Zainuddin dan issterinya Effa Rizan menghiburkan tetamu. Saya dengan Winnie Sin (Director Rafflesia), Pn Zaini (Pengurus Besar Kanan, Berita Publishing) dan Chef Anuar yg mengendalikan kursus masakan Jelita.

Thursday, May 22, 2008

Di Astro Awani


Seronok bertemu Dangsuria dalam WW di Astro Awani (channel 501) jam 11.45 pagi tadi. Kami menyentuh tentang buku RAHSIA DAPUR yg mengandungi lebih 300 soalan masakan yg dikemukakan oleh forumer ke laman web Alaf 21. Dangsuria mengupas perihal novel MENANTI KASIH yg kini sudah berada di pasaran. Saya juga sempat menguar-uarkan berkenaan Kuiz yg sedang berlangsung di blog saya sehingga 30 Jun 2008.
Saksikan siaran ulangan rancangan ini pada jam 4.50 ptg (rabu, hari yg sama) atau jam 6.50 pagi (esok, khamis). Terima kasih jua pada yg sudi menonton!!

Wednesday, May 21, 2008

Tunggu esok...

Temui saya (bersama Dang Suria) di
WW, ASTRO AWANI

esok : Rabu
dari jam : 11.30 pagi - 12 tghri
berbicara perihal novel terbaru MENANTI KASIH
& buku panduan memasak RAHSIA DAPUR

Tuesday, April 29, 2008

Segmen Baru!

Segmen Menarik di Wfm...!!
Setiap Selasa (mulai esok), bermula jam 5.00 ptg,
saya akan ke udara di 88.1fm, dalam segmen yg lain daripada yg lain.
Memberi tips, petua, panduan serta berkongsi pengalaman dalam
mempelbagaikan resipi daripada beberapa bahan asas.

Jom dengar sambil menimba pengetahuan dalam bidang masakan.
Semoga mendapat manfaat....
~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~^^~

Thursday, April 17, 2008

160408 : Wfm










KL dilanda hujan lebat petang tadi. Saya redah juga untuk tiba ke Wfm 'Ratu di Udara'. Selama sejam mulai 5 petang, Navigator aka DJ Zainal Din Zainal (yg amat popular dgn KLfm) menemubual saya dgn pelbagai soalan berkaitan novel (& juga peribadi, ada yg laser, adess...hehe!!). Apa2 pun peluang itu saya ambil untuk menceritakan serba sedikit tentang novel MENANTI KASIH yg baru berada di pasaran. Saya juga berkongsi panduan untuk menulis novel dan pelbagai suka-duka selama 15 tahun bergiat dalam bidang ini. Semoga anda yg sempat mendengar mendapat manfaat, insyaAllah. Bagi saya, ia sebuah lagi pengalaman yg cukup manis...

Tuesday, April 8, 2008

Seenak Rasa


Rancangan Seenak Rasa yg dihoskan oleh Dia Fadilla kini di RTM2 setiap Isnin jam 6.30 pagi. Slot masakan bersama saya, Warisan Nenek muncul jam 6.40 pagi. Jangan lupa saksikan rancangan ke-4 (semua 13 episod) pada Isnin depan, ya?

Friday, March 21, 2008

Kenangan I

Menjadi Hakim Pertandingan Memasak bukan tugas yg mudah, sebenarnya. Saya pernah mengadili pertandingan memasak nasi goreng dari jam 10 pagi-5 ptg, kemudian sakit perut (food poisoning) selama 2 hari. Puncanya, 50 orang peserta tu terpaksa menunggu lama. Jadi, udang, sotong dll yg tak disimpan dlm bekas khas, jadi 'busuk'. Adess (walau tak makan, nasi yg digaul sekali tu dah contaminated.)

Saranan saya utk yg berminat dlm dunia masakan, masuk pertandingan. Dengan cara ni saja bakat anda akan terserlah dan dapat menempatkan diri di dalam majalah sebelum beralih ke televisyen. Penerbit buku2 masakan juga akan berminat utk menawarkan anda membuat buku. Dlm pertandingan memasak ini, ada peserta yg memang sedap masakannya tapi kalah kerana dia menuangkan minyak panas dari kuali ke dalam tong sampah!!













 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez