Tuesday, September 23, 2008

Catatan 'BLOG'

Temubual kelmarin dalam program 'BLOG' mempertemukan saya dengan Datuk Chamil Wariya buat kali kedua. Kali pertama di sebuah majlis yg dianjurkan oleh MPH Bookstores dalam pertemuan 50 penulis di Malaysia (foto kami dimuatkan dalam majalah MPH sempena Hari Kemerdekaan ke-50).

Bersama En Hassim Abu Hanifah yg turut mengemudikan rancangan BLOG. Banyak aspek menarik dibincangkan selepas tamat program. Team BLOG memang penuh inovatif dan sentiasa mengketengahkan idea-idea baru yg menguji minda. Perbualan santai kami diselangselikan dengan gelak tawa.

Mengambil kesempatan bergambar dgn Pn.Fatimah, Pn.Wan Norehan (Pengarah Studio) dan Haniey yg begitu mesra dan membuat kunjungan saya ke studio di Wisma TV, Angkasapuri itu lebih bermakna. Setinggi-tinggi penghargaan buat kalian.

Thursday, September 18, 2008

Khas untuk Bloggers

Jom tengok rancangan BLOG di RTM 1...
Saya telah diundang ke studio untuk berbicara
perihal bidang penulisan dan dunia masakan.

Tarikh : Ahad, 21 September 2008
Jam : 8.40 mlm

Jangan ketinggalan menontonnya!!

Tuesday, September 16, 2008

Wanita FM

Hari ini (Selasa) pada jam 12-1 ptg, saya on-air
di Wanita fm (88.1) bersama Jaafar Onn.
Beliau akan menemuramah tentang aktiviti terkini
dan panduan2 lain dalam bidang masakan.
Jangan ketinggalan mendengar kerana saya akan memberikan
dua resepi yg menggunakan pelbagai produk berasaskan beras.

Friday, September 12, 2008

Selamat Pagi Malaysia

Bergambar kenangan bersama pengacara Selamat Pagi Malaysia, Jee dan Suhaimi di studio. Mereka sungguh mesra bertanyakan pelbagai hal menarik berkaitan rancangan Selera Ramadan MMVitaoils. Saya juga ditanya tentang persediaan sebelum menjadi hos dan bagaimana saya memilih resepi2 untuk dimuatkan di dalam rancangan tersebut. Di kanan saya, Pn.Dina (GM MMVitaoils). Beliau berbicara berkenaan pemasaran produk MMVitaoils dan perancangan di masa depan.

Mengabadikan sesi berbual-bual bersama. Dari kanan, YM Raja Ima (Nafalia Corporation), di sebelah saya, Pn.Simah Husain (Produser/Director), Pn.Zahariah Ismail (Utusan Airtime) dan Pn.Dina. Dekorasi ruang menunggu di luar studio dihias indah dengan beraneka fabrik tenun seperti songket dan pelikat serta trofi anugerah.

Wednesday, September 10, 2008

SPM di RTM1


Saksikan 'Selamat Pagi Malaysia' di RTM1 pada hari Khamis ini, 11 September 08. Slot dalam rancangan itu bermula jam 9.00 hingga 9.15 pagi. Saya akan bersama General Manager MMVitaoils, Puan Hajah Dina. Kami akan diwawancara berkenaan program masakan 'Selera Ramadan MMVitaoils' yg kini sedang disiarkan setiap hari sepanjang bulan puasa di RTM1. Anda akan dapat melihat buku 'Selera MMVitaoils' dengan lebih dekat lagi...



Thursday, September 4, 2008

Selera Ramadan MMVitaoils

Salam semua!
Ramai yg tertanya-tanya dan menghadapi kesukaran mengikuti rancangan 'Selera Ramadan MMVitaoils' berikutan perubahan masa. Saya sendiri tidak pasti bila rancangan tersebut akan ditayangkan setiap pagi. Sepanjang empat kali (siaran pagi), beginilah jadualnya:

(1) Episod 1 - bermula jam 5.00 pagi
(2) Episod 2 - bermula jam 5.19 pagi
(3) Episod 3 - bermula jam 5.30 pagi
(4) Episod 4 - bermula jam 5.00 pagi
(5) Episod 5 - (5.00 pagi)

ps: Bagi yg tidak bekerja, bolehlah menonton siaran ulangan jam 12.30 tghari.


TERKINI : INSYAALLAH TIADA PERUBAHAN SIARAN LAGI, TETAP SEPERTI YG DIJADUALKAN, JAM 5 PAGI. Terima kasih.

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez